Trip Mancing & Berkhemah Di Pulau


Salam sejahtera kepada semua pembaca dan ahli Southern Explorer Club. Entri untuk artikel kali ini adalah tentang Trip Kaki Pancing yang dianjurkan kelab pada Sabtu & Ahad lepas bersamaan 12/10/13. Apa yang menariknya untuk edisi kali ini adalah atas permintaan ahli kelab, kami melaksanakan misi mancing di pulau berdekatan dengan pulau-pulau yang pernah kami terokai sebelum ini pada waktu malam. Dalam erti kata lain, kami memancing dan bermalam di pulau ini. 

Memandangkan team kaki pancing semua tidak dapat melawan hati dalam edisi mancing pulau yang lepas kerana sambaran kerapu besar. Mereka kembali semula menawan pulau dalam tempoh yang tidak lama. Team kaki pancing bergerak sekitar pukul 4 petang pada hari sabtu dan sampai di pulau sekitar 4.40 petang menaiki bot. Sesampainya di pulau pilihan yang mana lebih besar dari pulau-pulau sebelum ini. Kami menyusun segala kelengkapan untuk bermalam seperti air, kelengkapan makan, khemah dan lampu.




Setelah segala kelengkapan untuk bermalam telah siap dan keselamatan telah dikaji, maka setiap ahli trip mencari 'port' masing-masing untuk memancing, sekitar pukul 7.00 petang sehingga 7.40 malam kami berkumpul dan berada di kawasan khemah. Setelah selesai waktu maghrib, kami memulakan misi memancing dalam keadaan gelap bertemankan lampu suluh setiap seorang. Kawasan khemah telah dipasang lampu bagi menerangi kawasan utama kami, selain itu kami turut membuat 'campfire' kerana sumber kayu sangat banyak di sini. Oleh itu, tiada masalah untuk mencari kayu api. Aktiviti malam berterusan sehingga pagi, sesiapa yang ingin tidur mereka akan faham-faham sendiri untuk berehat, tetapi hampir kesemua ahli trip tidak tidur. 





Makanan seperti meggi dan roti telah tersedia untuk di makan, ini kerana setiap ahli trip sudah biasa dan faham akan tugas serta peranan masing-masing. Oleh itu, perjalanan menjadi lebih mudah dan teratur. Alhamdulillah, cuaca di pulau ini sangat cantik, tidak hujan dan tidak ribut. Pilihan lokasi khemah adalah di tengah pulau yang mana keadaannya seperti teluk, ikan besar memang gemar kawasan air yang tidak berarus deras seperti ini. Ratanya, ikan kerapu menjadi santapan 'strikes' trip kali ini.



Misi ekspedisi memancing dan bermalam di pulau berakhir sekitar pukul 10 pagi, setelah selesai mengemas segala keperluan bermalam. Kami bergerak pulang ke pantai bersama hasil tangkapan ikan. Setelah sampai di pantai, ahli trip mandi dan menukar pakaian dan kemudian pulang ke rumah. Dengan pelbagai pengalaman baru dan cabaran baru telah berjaya kami harungi untuk trip ekspedisi kali ini.


Disini, kepada anda yang telah menjadi ahli kelab ataupun bukan ahli kelab dan ingin merasa pengalaman berharga seperti ini bolehlah maklumkan kepada Southern Explorer Club. Kerana masih banyak lagi ekspedisi dan eksplorasi seumpama ini bakal dijalankan dari masa ke masa. Sertai kami untuk trip akan datang, kami kongsikan pengalaman dan cabaran yang dilalui kepada anda semua. Hubungi Southern Explorer Club jika anda berminat atau ingin memancing di pulau ini bersama group anda. Sekian, terima kasih ~



Southern Explorer Club






Cetak

No comments:

Post a Comment


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...