Keahlian Kelab



Keahlian kelab adalah terbuka kepada semua tetapi keutamaan lebih diberikan kepada mereka yang berada di negeri dan sekitarnya. Peringkat umur antara 13 tahun hingga ke 40 tahun samada lelaki mahupun perempuan asalkan mempunyai minat yang tinggi untuk turut serta dalam kegiatan kelab. Penyertaan setiap ahli kelab adalah tidak diwajibkan, ianya bergantung kepada kemampuan para peserta yang menjadi ahli untuk menyertai tawaran-tawaran trip yang akan dimaklumkan kepada ahli kelab.

Pendaftaran aktif menjadi ahli kelab SEC adalah selama tempoh setahun, dimana setiap para peserta harus mendaftar keahlian untuk tahun kedua, dana yang dikumpul akan diselaraskan oleh penyelaras kelab untuk membeli aset kelab dan keperluan kelab seperti khemah, enjin generator, lampu, dapur masak, sampan, dan pelbagai keperluan yang dirasakan perlu untuk memastikan keperluan setiap aktiviti adalah selesa dan selamat.

Setiap ahli kelab yang telah mendaftarkan diri, akan kami maklumkan segala info program menerusi laman web, facebook page, emel, ataupun sms terus kepada peserta. Dengan ini, maklumat akan lebih mudah dan cepat kepada setiap ahli peserta. Daftar keahlian akan tamat sekiranya dalam masa setahun dari hari mendaftar peserta tidak memperbaharui pendaftaran.
Pakej Keahlian Southern Explorer Club (SEC) terbahagi kepada 2 kategori iaitu :

1 - Keahlian asas Southern Explorer Club (SEC) = RM20 (Promosi) RM10 selama setahun
     (Pendaftar hanya disenarai dalam kelab dan mendapat diskaun harga bagi setiap program)


2 - Keahlian Explorer Southern Explorer Club (SEC) = RM60 (Promosi) RM 40 selama setahun
     (Pendaftar diberi kad membership explorer, 5 barang explorer set, jawatankuasa & diskaun)

Sebarang pertanyaan lanjut boleh diajukan di halaman facebook SEC atau komen di sini. 



  
Southern Explorer Club


No comments:

Post a Comment


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...