Peserta yang mendaftar untuk menjadi ahli kelab S.E.C. adalah termaktub kepada peraturan yang telah ditetapkan oleh pentadbiran kelab.
Melanggar peraturan kelab bererti anda dalam perhatian pihak kelab, jika terlibat atau menggunakan sebarang kenyataan berkaitan kelab dengan tujuan yang salah, anda bakal disingkirkan dari kelab atau tindakan susulan akan dibuat.
Menyertai sebarang program atau aktiviti anjuran kelab adalah tidak wajib, yang wajib adalah anda mendapat surat pelepasan dari penjaga atau surat pengesahan yang akan di hantar oleh kelab bagi sesuatu tujuan program yang anda sertai. Oleh itu, sebarang risiko adalah di tanggung oleh anda sendiri jika tidak mematuhi peraturan dan tidak mengikut prosedur program.
Anda juga dilarang sama sekali menggunakan atau mencuri sebarang info dalaman kelab kepada orang luar, ini adalah hak kelab S.E.C. dan hanya untuk ahli kelab sahaja.
Sekiranya anda mendaftarkan diri menjadi ahli kelab S.E.C. secara automatik anda berhak mendapat segala faedah atau kelebihan lain yang dirasakan perlu oleh pihak pengurusan berbanding peserta yang tidak mendaftar menjadi ahli kelab.
Bayaran ahli adalah seperti yang telah dilampirkan di dalam surat pendaftaran ahli. Sila berjumpa dengan Sekretariat Kelab untuk sebarang urusan melibatkan pembayaran.
Sebarang pertanyaan lanjut sila kemukakan di inbox facebook page kelab.
Sekian, Terima Kasih
Southern Explorer Club
No comments:
Post a Comment