KELAB KEMBARA SELATAN
Southern Explorer Club (SEC) pada asasnya adalah satu kumpulan remaja yang gemar akan aktiviti memancing, eksplorasi dan berkhemah di sekitar negeri Johor (Selatan Tanah Air). Bermula dari ahli kumpulan seramai 5 orang yang berbeza pengalaman dan kemahiran memancing, malah ada juga yang tiada pengetahuan tentang memancing. Oleh kerana minat yang sama, bermula dari permulaan memancing di parit, kemudian ke pantai, seterusnya mencecah tahun telah beralih kepada aktiviti yang sedikit memerlukan modal sesama ahli kumpulan. Mencuba cabaran baru iaitu memancing di kelong atau rumah rakit.
Dengan pengalaman yang dikongsi oleh sesama rakan kumpulan, hampir banyak kelong-kelong mancing yang menarik telah kami cuba. Selain itu, aktiviti memancing di bawah Jambatan 2nd Link Tuas-Singapore juga antara agenda mancing kami. Memandangkan pengalaman telah banyak ditimba, kami upgrade ke satu fasa yang agak lebih mencabar iaitu memancing di pulau-pulau. Dengan pengalaman dan ilmu yang tidak lokek sesama rakan kumpulan, aktiviti memancing pulau antara trip yang jauh memberi kepuasan samada hasil tangkapan dan kepayahan semasa melakukan aktiviti. Untuk langkah lebih jauh, kami akan cuba upgrade kemahiran ahli kumpulan untuk memancing dengan menyewa bot di laut dalam. Dengan semangat dan keseungguhan sesama rakan kumpulan seramai 5 orang ini, maka tercetuslah idea untuk mewujudkan satu kelab yang mana objektifnya mengutamakan 3 teras penting iaitu aktiviti memancing, aktiviti berkhemah dan aktiviti menjelajah atau kembara.
Peranan kelab yang masih baru ini adalah bertujuan untuk meramaikan lagi ahli kelab yang mana ianya terdiri dari kaum lelaki dan perempuan yang tidak memiliki minat dan kemahiran yang tinggi untuk turut serta merasai sendiri pengalaman sesama ahli kelab. Biasanya, kaum wanita tidak gemarkan aktiviti memancing, tetapi mereka amat gemarkan aktiviti berkhemah, dan juga santai di tepi pantai mahupun hutan. Oleh itu, kelab ini adalah amat sesuai untuk anda yang tergolong dalam kategori seumpama itu untuk sama-sama berkongsi pengalaman dan ilmu yang baru. Di mana, peserta trip atau ahli kelab dapat merasai pengalaman dan belajar memancing mahupun berkhemah walaupun mereka tiada sebarang asas pada dasarnya.
Pelbagai perancangan telah dirancang oleh organizer untuk meramaikan ahli dan seterusnya menjalankan banyak aktiviti samada aktiviti memancing, aktiviti berkhemah, aktiviti berkhelah, aktiviti trip & tour menjelajah negeri, aktiviti jalan-jalan di lokasi menarik, melancong, berkonvoi, dan pelbagai lagi yang dirasakan memenuhi kehendak ahli kelab.
Jika anda berminat untuk join kelab ini, kami amat berbesar hati untuk menerima sesiapa sahaja terutama golongan pelajar sekolah, belia walaupun anda tiada kemahiran atau kepakaran, tetapi tawaran ini hanya dibuka untuk mereka antara umur 13 hingga usia 35 tahun sahaja. Sekian, terima kasih.
Southern Explorer Club
No comments:
Post a Comment